Swivel adalah sebuah alat kecil yang terbuat dari logam yang memiliki bentuk seperti dua buah cincin yang terhubung bersama, namun kedua cincin ini dapat berputar secara bebas secara bersama. Swivel biasanya dipakai pada rangkaian pancing untuk memudahkan pemasangan senar ke rangkaian mata kail, swivel sekaligus merupakan alat untuk menyeimbangkan mata kail saat berputar, baik pada saat terkena arus air maupun saat umpan termakan ikan dan terjadi tarik ulur. Penggunaan swivel berguna agar senar tidak menggulung dan kusut pada saat memancing, karena swivel akan berputar sesuai dengan beban tarikan mata pancing.
Penggunaan swivel sangat berguna jika anda menggunakan senar monofilamen, mengingat daya lentur senar ini yang kurang. Senar monofilamen terkenal mudah kusut jika terkena tarikan, dan akhirnya senar mudah menjadi ruwet jika digulung di dalam reel. Penggunaan swivel akan mengurangi kemungkinan senar bergulung – gulung dan menjadi kusut karena alat ini akan selalu berputar secara bebas.
Jenis-jenis 'Swivel'
Terdapat empat (4) jenis 'swivel' dipasaran yang digunakan oleh pemancing dimana setiap jenis mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
a. Barrel swivel
Ini adalah jenis yang paling popular digunakan oleh para pemancing. Terdapat 2 (dua) jenis bagi swivel jenis ini iaitu dari jenis lurus ("straight") dan dari jenis "twisted eye". Swivel jenis ini boleh didapati dalam warna kilauan (Chrome), loyang (brass) atau hitam. Jenis ini adalah murah, walau bagaimana pun ianya tidak begitu sesuai sekiranya digunakan untuk menunda (trolling) atau untuk bertarung dengan ikan yang berat dan besar. Ini disebabkan ianya mungkin lurus dipenjilidan (binding) disebabkan tekanan . "Barrel Swivel " amat bersesuaian untuk kegunaan memancing dasar, "bottom" atau pun "casting" untuk ikan yang sederhana besarnya.
b. Ball bearing swivel
Jenis ini adalah yang paling kuat sekali dan amat bersesuaian untuk kegunaan bagi menunda (Trolling) dan memancing ikan yang besar dan ganas. Terdapat dalam 2 warna iaitu hitam dan kilauan (chrome). Harganya lebih kurang 3-4 kali ganda dari jenis 'barrel swivel'. Swivel ini mempunyai kacang kacang (ball bearing) didalamnya dan akan berputar dengan baik.
c. Chain swivel
Jenis ini adalah amat sesuai untuk trolling dan mempunyai rangkaian 'barrel' untuk menentukan bahawa ia akan berputar apabila digunakan.
Swivel jenis ini boleh didapati dalam warna kilauan (Chrome), loyang (brass) atau hitam. Ianya tidak begitu sesuai digunakan untuk pancing dasar oleh sebab kemungkinan tali pancing terserat padanya .
d.Three-way swivel
Jenis ini adalah diperbuat dari loyang (brass) dan mempunyai 3 (tiga) simpulan yang diikat pada cincin pada jarak yang sama. Kegunaan simpulan ini adalah untuk memisahkan umpan dari batu pemberat . 'Swivel dari jenis ini amat lemah sekali dan selalunya tigak berputar yang mengakibatkan tali akan berbelit. Ianya selalu digunakan untuk memancing di dasar.
Snap swivel
Selepas memahami kegunaan 'snap' serta 'swivel' kita boleh membelinya berasingan dan menyambungnya mengikut citarasa tersendiri atau kita boleh membelinya sebagai satu yang di panggil "Snap Swivel" Apa pun kegunaannya adalah sama yaitu menyambung tali utama pada taliperambut atau umpan tiruan serta menentukan bahawa tali tidak berbelit atau bersimpul semasa memancing.
Harga swivel berkisar antara Rp. 300 hingga Rp. 10.000 tergantung bersar, jenis, serta bahan yang digunakan.
Swivel dijual dalam beberapa ukuran yang disesuaikan dengan kebutuhan para pemancing, terdapat berbagai macam warna swivel yang paling umum dipilih adalah warna perak khas stainless steel. Penggunaan baja anti karat bergunamencegah karat yang muncul, apalagi jika anda menggunakan rangkaian pancing ini pada pemancingan di laut. Sebaiknya anda menggunakan ukuran yang kecil saja, tidak ada aturan baku dalam pemakaian swivel namun anda bisa menggunakannya disesuaikan dengan kekuatan senar dan besar ikan sasaran.
Jika anda sudah memiliki swivel yang sudah lama dipakai sebaiknya anda sering mengecek daya putarnya serta memeriksa sambungannya sehingga terbebas dari karat. Jika terdapat karat pada swivel tentu saja akan mengurangi daya putarnya dan memungkinkan kekusutan terjadi pada senar anda. Selamat memancing
Referensi:
pemancing.com
fishing-maniak.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar